PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK
Pendahuluan
Personel Binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayarannya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.
Keistimewaan Kad Hijau
Selain dari memahami aspek keselamatan di tempat kerja dan berpeluang menghadiri kursus latihan industri pembinaan, semua pemegang kad hijau dilindungi Skim Perlindungan Takaful selama tempoh hayat kad hijau. Perlindungan ini adalah 24 jam dan di seluruh dunia.
Skop Perlindungan
- Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja.
- Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia,
- Amaun Manfaat adalah seperti berikut:
JENIS
PERLINDUNGAN
|
NILAI (RM)
|
Kematian
akibat kemalangan
|
21,000.00
|
Keilatan
kekal akibat kemalangan
|
18,000.00
|
Kematian
biasa
|
3,000.00
|
Keilatan
kekal seluruh tubuh badan
|
3,000.00
|
Belanja
pengkebumian
|
500.00
|
Manafaat wad
hospital akibat kemalangan
|
25.00 / hari (max 25 hari)
|
Fi Pendaftaran adalah sebanyak RM 50.00 sahaja untuk perlindungan selama 2 tahun.
Bayaran pengurusan pula bergantung kepada promosi dari masa ke semasa. Sila hubungi kami untuk pengesahan.
JIKA BERMINAT :
1) Email nama, no telefon dan alamat atau SMS nama, no telefon dan alamat ke pegawai kami di nombor tertera di bawah. Kami akan menghantar borang melalui email.
2) Isi borang permohonan berserta
a) salinan kad pengenalan – 1 keping
b) gambar – 1 keping.
PEGAWAI UNTUK HUBUNGI :
Zaha : 013-254 1796