Wednesday, 3 April 2013

PROGRAM KAD HIJAU CIDB

PROGRAM KAD HIJAU CIDB  
PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK

Pendahuluan

Personel Binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayarannya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

Keistimewaan Kad Hijau

Selain dari memahami aspek keselamatan di tempat kerja dan berpeluang menghadiri kursus latihan industri pembinaan, semua pemegang kad hijau dilindungi Skim Perlindungan Takaful selama tempoh hayat kad hijau. Perlindungan ini adalah 24 jam dan di seluruh dunia.


Skop Perlindungan
  1. Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja.
  2. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia,
  3. Amaun Manfaat adalah seperti berikut:
   
JENIS PERLINDUNGAN
NILAI (RM)
Kematian akibat kemalangan
21,000.00
Keilatan kekal akibat kemalangan
18,000.00
Kematian biasa
               3,000.00
Keilatan kekal seluruh tubuh badan
  3,000.00
Belanja pengkebumian
    500.00
Manafaat wad hospital akibat kemalangan
25.00 / hari (max 25 hari)













Fi Pendaftaran adalah sebanyak RM 50.00 sahaja untuk perlindungan selama 2 tahun.
Bayaran pengurusan pula bergantung kepada promosi dari masa ke semasa. Sila hubungi kami untuk pengesahan.

JIKA BERMINAT :

1) Email nama, no telefon dan alamat atau SMS nama, no telefon dan alamat ke pegawai kami di nombor tertera di bawah. Kami akan menghantar borang melalui email.

2) Isi borang permohonan berserta

    a) salinan kad pengenalan – 1 keping
    b) gambar – 1 keping.


PEGAWAI UNTUK HUBUNGI :

Zaha        :  013-254 1796







5 comments:

  1. kursus kemahiran ini amat memberikan menafaat kepada saya.Selepas bertahun saya menganggur.Cuma guna kad hijau & sijil SKK sahaja syarikat pembinaan terima saya bekerja.Terima kasih.MARILAH PARA BELIA,tambahkan ilmu kemahiran anda.Untk diri sendiri,utk masa depan yang lebih gemilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah saudara.Kami bangga dengan anda.INI ADALAH ILMU...UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG.TAHNIAH.

      Delete
  2. Sy bermastautin di cheras,kl.mana tempat yg terdekat utk pendaftaran mendapatkan kad hijau selain melalui email.sy juga berminat utk kursus asas elektrik & penyejukan utk kegunaan diri sini..t.q

    ReplyDelete
  3. Titanium Athletics
    At this westcott titanium scissors point, grade 5 titanium there is no titanium bike frame difference 라이브스코어 between a professional and amateur sports fan and mens black titanium wedding bands an amateur athlete. If you're a professional sports fan you've never heard of.

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *